Wednesday, January 5, 2011

InDahnYa SaBar..


Renungilah firman ALLAH Taala yang ertinya: 
Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik. (Al-Ma'arij-5)
Ada ketikanya kamu tertanya-tanya di dalam hatimu, apakah keindahan yang terdapat di dalam sifat sabar itu? Ia adalah keindahan jiwa yang tenang dan reda kepada ALLAH...yang meyakini bahawa ia tidak memiliki sedikitpun kekuatan...kerana segala sesuatunya berada di tangan ALLAH...DIA pemilik segala sesuatu dan selainnya adalah milikNya. Makhluk tidak mampu menolak dengan apa yang telah ditentukan ALLAH.Dengan itu hati menjadi sabar, tenang tanpa berkeluh kesah,bersedih apatah lagi bersusah hati.
Bersabar atas kejadian yang menimpa itu indah..
Sabar bermanfaat bagi kaum yang ditimpa kepedihan..
Sabar sebagai sandaran ketika ditimpa musibah..
Bila kamu ditimpa kesusahan sepanjang waktu..
Manusia yang sabar akan dipenuhi keperluannya..
Dia menuju pintu kebahagian..
Kebaikan ada dalam kesabaran..
Kesabaran pasti membuahkan hasil pahala..

Tuesday, January 4, 2011

Nak Jadi Isteri Luar Biasa (",)

Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sentiasa menjadi keinginan seorang wanita.
Jika ditanya pula pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya ingin menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.
Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.
Alasannya cukup mudah, jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut. 
 Pertama,Isteri perlu meletakkan Allah sebagai pusat ketaatan yang tertinggi dan utama atas segala-galanya.
Sementara suami wajib ditaati selagi apa yang diperintah tidak menyalahi atau membelakangi ketaatan isteri kepada Allah.Dalam ertikata lain, isteri perlu tahu dan faham bahawa ketaatan beliau kepada suami adalah kerana Allah memerintahkan beliau untuk berbuat demikian, bukan kerana suami yang mengkehendaki sedemikian.Adalah penting untuk isteri memahami perkara ini kerana kebanyakan isteri yang 'biasa-biasa' mudah merasa putus asa untuk terus mentaati apa yang dikehendaki oleh suami terutama apabila keinginan suami bercanggah dengan keinginan sendiri atau suami tidak membalas ketaatan dan kebaikan yang isteri lakukan.Isteri yang luarbiasa mempunyai matlamat yang juga luarbiasa atau yang tidak dapat dilihat oleh isteri yang 'biasa-biasa'.Jika isteri yang 'biasa-biasa' melihat hubungan antara suami dan isteri sebagai interaksi antara pasangan bercinta, isteri yang luarbiasa melihat hubungan tersebut dan interaksi antaranya sebagai ibadah kepada Allah Taala.Maka tidak kiralah samada suami membalas atau tidak kebaikan yang dilakukan, isteri sebegini tidak akan berhenti dari terus melaksanakan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah Taala.
Kedua, isteri perlu sentiasa menjana kekuatan mental dan spiritualnya.
Tanggungjawab seharian seorang isteri sangat mencabar kekuatan jiwa. Apatah lagi jika isteri tersebut bekerjaya. Tuntutan tanggungjawab yang berterusan mudah menekan perasaan naluri isteri yang secara fitrahnya sememangnya lembut dan halus.Lebih mencabar lagi jika isteri tersebut mempunyai suami yang kurang sensitif atau kurang bertimbangrasa dalam hal-hal berhubung tanggungjawab di rumah.
Walau apapun keadaannya, apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seorang isteri akan kekal sebagai tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak.Dalam ertikata yang lain, sekalipun isteri tersebut bekerja, tidak sekali-kali dia terkecuali atau dikurangkan dari tanggungjawab asasnya terhadap
rumahtangganya.Dalam keadaan ini jika tekanan tidak dapat dikurangkan seorang isteri yang luarbiasa akan sentiasa meningkatkan kekuatan mental dan spiritualnya melalui hubungannya dengan Allah Taala.
Semakin kuat tekanan, semakin rapat hubungannya dengan Allah.Isteri yang luar biasa menjadikan Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung dan memohon kekuatan.
Dalam keadaan bebanan tanggungjawab yang semakin bertambah; melayan dan memenuhi keperluan suami, mendidik dan mengasuh anak-anak, mengurus kerja-kerja rumahtangga yang tidak pernah berkesudahan, kemudian di tambah lagi dengan tuntutan tanggungjawab kerjaya sudah tentu kudrat manusia biasa tidak termampu untuk menanggungnya sendirian, apatah lagi oleh wanita yang berjiwa halus dan  berfizikal lembut.
Dalam keadaan ini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kekuatan, tempat mengadu yang menyediakan pemahaman yang amat mendalam dan tempat menggantung doa serta harapan yang tidak pernah mengecewakan.Isteri luarbiasa mempunyai pertalian yang luarbiasa dengan Penciptanya. 
Ketiga, isteri luarbiasa jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Kasih sayang tersebut sentiasa mendorongnya untuk memberi berbanding menerima, memahami berbanding menuntut orang lain memahaminya, mengutamakan berbanding diutamakan, berkorban berbanding mengharap orang lain berkorban untuknya.Isteri sebegini sedar dimana beliau dapat menyalurkan kedukaan dan keluhan agar tidak sampai nampak pada pandangan suami apatah lagi menyusahkan suami.
Bagi seorang isteri yang luarbiasa akhlaknya, tanggungjawabnya lebih utama dari hak yang perlu dituntut. Tanggungjawab akan dikira di depan Allah berbanding dengan hak.
Isteri solehah lebih gusar jika tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak dipenuhi olehnya berbanding dengan hak yang perlu diterima.Isteri solehah lebih gusar jika kemuraman dan kemasaman wajahnya menyusahkan suami berbanding menuntut suami melayani perasaan dan kekecewaannya. Dalam ertikata yang lain, isteri yang luarbiasa juga mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup tinggi.
Bagi setiap wanita yang bergelar isteri, yang bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah, sebaiknya mengukur kemampuan dan kesanggupan diri sendiri untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan tadi.
Jika  belum mampu, pertingkatkan usaha. Menjadi seorang isteri merupakan anugerah yang cukup tinggi bagi seorang wanita. Memiliki suami umpama memiliki jambatan bonus untuk meniti ke syurga. Namun tanpa ketaatan terhadap suami umpama tidak menghargai peluang yang ada.
Mengenepikan suami atau menderhakai suami pula, umpama merobohkan jambatan tersebut dan memilih untuk berenang ke syurga. Arahnya sama, namun sayang kemudahan tiada. Isteri yang luarbiasa sahaja yang  berjaya tiba ke syurga yang dijanjikan Allah padanya.
Syurga pula ganjaran tertinggi bagi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Apa yang perlu diingat selalu, sesuatu yang bernilai tinggi tidak diberi secara percuma juga tidak murah harga dan nilainya.

Monday, January 3, 2011

Alam Maya VS Alam Realiti

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..



Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..


~DugaanMu~



Selama sebulan ayah sakit, genap sudah 2mggu ayah brada dhosp..tp keadaan ayah msih sama...doctor pun xtau nk buat ape & xtau puncanya, cume mmberikan ubat & beberapa suntikan antibiotik & tahan sakit..kadang2 jd buntu...last2 dlm msa yg sama, atas nasihat sedara,rakan2, kami skeluarga berubat dgn bberapa org ustaz..ayah terkena buatan org?? adakah ni smuanya benar?? kami skeluarga mmg kurang prcaya akn bnde2 yg sbegini...wujud ke lg prkara sbegini pd zaman teknologi ni?? tp bila difikirkan balik, ayah sering sakit mcm x sedar pn ada jgak ,dtg sakit tu bila nak subuh, tengahari tepat & bila hampirnya maghrib..sekiranya benar,,sungguh kejam org itu!!cemburu dgn kesenangan & kebahagian org lain mmg KEJAM!! snggup melakukn prkara yg trkutuk...moga Allah mmberikan kekuatan kpd kami sekluarga..amin~

Kerana kasih syg seorng anak, kami bergilir2 mnjaga ayah..dan mak pula mnjaga ayah diwaktu mlm..Dan semalam pengalaman sy utk mnjaga ayh dhosp...Aku mngurut prlahan2 kaki ayh yg sakit...mlm 2 cuma kami berdua je..sayu sgt hati ini ble ayah trsayang xdpt berjalan...ayh menangis menahan sakit..malam itu, ayh pesan"adik jga dri, ayh mntak maaf".sedih sgt...kata2 maaf seorg ayh utk anaknya..trfikir, perlu ke ayh nk minta maaf?? padahl tiada salah ataupun tiada cacat celanya pun pengorbanan ayh utk kami adik bradik..adakah kita sering memohon maaf kpd kedua ibubapa kite? xkan nk tgu hari raya @ hari yg trtentu jer? jd, mohon maaf la pd kedua ibubapa kite sblum trlambat..dan pd masa yg sama tu juga kami sama2 mngalirkn air mata.."ayah, adik mntak maaf yer" & jari jemariku trus mngesat air mata yg mgalir kt pipi ayah..Dari pngalaman itu,byk aku pelajari erti tabah, sabar...Semoga ayh cepat sembuh..Tak sabar mnunggu kepulangan ayah drumah..Kami syg ayah..


 

Adab Berbicara, Berdebat dan Memberi Pendapat





ADAB BERBICARA


1. Semua perbicaraan harus kebaikan
2. Berbicara harus jelas dan benar
3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan
4. Menghindari banyak berbicara
5. Mengulangi kata-kata yang penting jika dibutuhkan
6. Menghindari mengucapkan yang bathil
7. Menjauhi perdebatan sengit
8. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat
9. Menghindari banyak bercanda(bergurau)
10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk
11. Menghindari dusta,

12. Menghindari ghibah(mengutuk) dan mengadu domba,
13. Berhati-hati dan adil dalam memuji


ADAB MENDENGAR

1. Diam dan memperhatikan (ayat al-quran, Qaf:37)
2. Tidak memotong/memutus pembicaraan
3. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai   

    dengan syariat (bukan berbicara dengan lawan jenis)
4. Tidak menyela perbicaraan saudaranya walaupun ia sudah tahu, sepanjang bukan perkataan 

    dosa.
5. Tidak merasa dalam hatinya bahwa ia lebih tahu dari yang berbicara


ADAB MENOLAK / TIDAK SETUJU

1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian
2. Menjauhi ingin tersohor dan terkenal
3. Penolakan harus tetap menghormati dan lembut serta tidak meninggikan suara
4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih
5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit
6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan isi benarnya terlebih dulu sebelum memberi komen 
    yang salah
7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat
8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan 
    sesuatu yang belum terjadi
9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di 
    luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya
10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian 
     serta penyakit hati...

Bermulanya..

Salam.. 
 finally berblog jgk dthun yg baru 2011...masih terkial-kial ni..maklumlh 1tyme wat blog...i did it just 4 fun & fun..realize that this is one utk luahkan evrythg..but of coz not everythng!!kepada teman2, salam persaudaraan sy hulurkn di dunia tanpa sempadan ini :)