Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu..layakkah anakmu ini melangkah ke syurga Allah itu??

Selamat Hari ibu kpd ibu ku...Hjh Rahmah Yusof & semua ibu2...moga semuanya sihat belaka....tanpa pengorbanan mu ibu, siapalah aku ddunia ni...byk pengorbanan mu ibu...Moga Allah sjalah yg mmbalas smua itu..aimn..amin..


Maka, marilah beramai2 mndoakan ksejahteraan kedua ibu bapa kita...


-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... 



 Marilah kita sama2 mdoakan kesejahteraan ibu bapa kita....saya bersyukur kerana Allah mberiku peluang utk berbakti kepada mak..yana syg mak :))  & majlis ku nnti mak la org yg paling semangat utk mguruskan semuanya brjln dgn lancar...tqsm


Ayah..walaupun engkau ayah sudah kmbali ke rahmatullah, anakmu ini sntiasa mndoakn kebahagianmu disana...Kubur mu sering ku ziarah...rinduku padamu ayah xterungkap...masih segar ingatanku trhadapmu saat2 engkau mnghembuskan nafas terakhir...ayah....ayah...tidak ku lupa...rindukan kasih mu ayah..rindukan senda gurau mu ayah...mak la kekuatan ku sekarang...Ya Allah..Syukran kerna engkau Ya Allah bgku peluang berbakti kpd arwah ayahku dulu...& beriku peluang utk brmanja dgn mndpt kasih syg dr seorang ibu.Ya Allah, panjangkan lah umur ibu ku...jauhilah keluargaku daripd perbuatan syirik & perkara2 yg x elok...

No comments:

Post a Comment